Sunday 1 August 2010

A) Pengenalan

Pembinaan Negara Bangsa amat penting bagi sebuah negara yang berbilang kaum dan agama seperti Malaysia. Hal ini terutama bagi golongan pelajar sama ada sekolah rendah, menengah mahupun di peringkat institusi pengajian tinggi. Keupayaan membina Negara Bangsa bergantung kepada perkongsian nilai serta semangat patriotisme. Konsep ini menjadi lebih penting ketika era globalisasi yang membenarkan pengaliran secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat, modal, serta manusia, tetapi juga sistem nilai budaya dan kepercayaan dalam diri setiap pelajar.

Nor Shazwani Binti Yahya 206291



UCAPAN MANTAN PERDANA MENTERI
“… kita mempunyai tanggungjawab yang besar dalam pembangunan bangsa dan negara ini. Kita juga mempunyai peranan yang penting dalam pembentukan minda dan jiwa rakyat untuk membawa ke arah wawasan yang ingin kita capai.”
Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi.
(Dewan Budaya USM,1999)

B) Objektif-objektif

1. Memperkasa Bahasa Kebangsaan
Merupakan usaha untuk memperkukuhkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perhubungan.

2. Memantapkan Perpaduan dan Integrasi Nasional
Melaksanakan aktiviti bagi menerapkan semangat patriotism secara berterusan dan berbangga menjadi anak jati negara Malaysia.

3. Memajukan Negara Malaysia
Pelajar merupakan harapan negara untuk menggantikan generasi yang ada sekarang agar Negara dapat dimajukan setaraf negara luar seperti Jepun.

4. Merakyatkan Seni,Warisan dan Budaya Bangsa
Untuk memastikan pelajar menghayati,menghargai dan menyayangi seni,warisan dan budaya yang membentuk identity unik bangsa Malaysia secara turun-temurun.

Noor Hayati Binti Daud 206274
-

c) Ciri-ciri

1)Kesedaran Memikul Kerja
Pelajar yang mempunyai kesedaran dan kesediaan untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar yang menjadi harapan Negara dan Bangsa sudah pasti akan lebih gigih agar matlamat tersebut tercapai.

2)Beri Pandangan Membina
Pelajar yang sering memberi pandangan dalam proses pembelajaran akan semakin memahami pelajaran tersebut. Ini kerana dengan cara melatih dan mengasah daya ketajaman pemikiran pelajar.

3)Tepati Waktu Belajar
Pelajar yang menepati waktu belajar yang telah ditetapkan akan melatih pelajar menjadi seorang yang berdisplin dalam pembelajaran.

Koay Boon Wei 206227

D) Punca-punca

Semua orang tahu bahawa diri seseorang akan tua pada suatu hari nanti,oleh itu pelajar adalah generasi yang akan menwarisi tanggujawab sosial orang yang tua untuk terus memajukan dan mengembangkan negara.

Sekiranya seseorang pelajar itu adalah cemerlang dalam akademik dan kokurikulum,tambahan pula,dia merupakan seseorang yang bernilai moral ,maka pada masa yang akan datang seseorang itu akan memajukan negara serta meningkatkan imej negara


Tan Chye Ling 206360

E) Cabaran-cabaran



Malaysia mempunyai salah satu system pendidikan yang terbaik di dunia Ketiga. Namun sebagai bekal kita harungi perjalanan pada generasi yangkedua ini, piawaian yang baru hendaklah ditetapkan dan matlamat baruhendaklah dicapai.


(YAB Perdana Menteri, 1991)





Perubahan-perubahan yang hebat dan pantas dalam aspek ekonomi, budaya dan politik itu sendiri adalah cabaran besar yang akan dihadapi oleh rakyat Malaysia.Walaupun tidak dapat dinafikan bahawa sejak dari dahulu lagi cabaran-cabaran itu sudah wujud dan diperbincangkan tetapi kali ini dijangka lebih hebat dan kritikal dengan sumbangan teknologi yang baru. Masalah yang timbul dari cabaran tersebut seperti rohani, akhlak, sosial, politik, ekonomi, sains dan teknologi.

Dalam Persidangan Pendidikan Nasional Ke-5, dalam tahun 1997 yang lalu, natijah persidangan menunjukkan dua cabaran besar alaf baru ialah ledakan ilmu yang berbentuk global dan masalah sosial yang perlu ditangani dan diatasi ke arah membentuk masyarakat madani. Justeru itu agenda penting untuk membangun rakyat Malaysia melalui sistem pendidikan pertama ialah pembinaan budaya ilmu dan keduanya ialah pembudayaan masyarakat.

Muhamad Farid Sutrino 204498

F) Langkah-langkah

1) Memperkasakan Bahasa Kebangsaan
• Menggerakkan gelombang baru Gerakan Memperkasakan Bahasa Kebangsaan
• Memantapkan pelaksanaan Dasar Buku Negara
• Mengkoordinasi peranan semua pihak yang terlibat untuk menggiatkan aktiviti

2) kebahasaan, kesusasteraan, pengkaryaan, penterjemahan dan penerbitan
• Mewujudkan Bulan Bahasa dan Sastera Negara
Memantapkan perpaduan negara dan integrasi nasional
• Meningkatkan tahap kesedaran dan kefahaman rakyat Malaysia supaya menghormati Perlembagaan Malaysia
• Meningkatkan semangat patriotik melalui aktiviti kokurikulum seperti Kelab Rukun Negara, penyebaran maklumat dan Kempen Cintakan Warisan Bangsa dan Negara.
• Menanamkan semangat hormat-menghormati dan peka terhadap sensitiviti masyarakat pelbagai kaum
• Memberi kefahaman yang menyeluruh tentang pentingnya semangat kejiranan ke arah perpaduan dan integrasi nasional

Soon Wan Ying 206283

G) Kesan-kesan

A) POLITIK
1.Melahirkan pemimpin yang berkualiti pada masa akan datang
-Pelajar yang cemerlang akan mempunyai tahap pemikiran yang berkualiti serta mampu melahirkan idea-idea yang bernas untuk kesejahteraan negara,sekali gus melahirkan pemimpin yang berkualiti pada masa akan datang.

2.Melahirkan pemikiran yang berdaya saing
-Pelajar sentiasa berlumba-lumba untuk mencapai kejayaan yang cemerlang,oleh itu,pelajar akan sentiasa meningkatkan prestasi dari semasa ke semasa.wujudnya pelajar-pelajar cemerlang ini, akan menjadi tunggak negara melalui lahirnya pemimpin-pemimpin yang berwibawa dan berfikiran kreatif dan kritis.
Nor Faizah BT Ismail 206207

B) EKONOMI
1.Peningkatan pembangunan infrastruktur dan teknologi
-Lahirnya golongan bijak pandai,dalam sesuatu bidang,dengan kewujudan kemudahan infrastruktur dan teknologi yang akan memudahkan dan mempercepatkan penghasilan sesuatu produk,menyebabkan peningkatan kuantiti dan kualiti produk untuk dipsarkan ke luar negara,sekali gus meningkatkan ekonomi negara.

2.Meningkatkan kemajuan pendidikan dan ekonomi negara.
-Lahirnya golongan cerdik pandai,akan menyumbang kepada kemajuan pendidikan dengan ilmu yang telah dipelajari.contohnya,apabila mereka melanjutkan pelajaran di luar negara,ilmu yang diperolehi akan dapat diaplikasikan di dalam negara untuk memajukan taraf pendidikan sekali gus,meniingkatkan ekonomi negara.
Juliana BT Mohamad Noor 206201
c) SOSIAL
1.Mengatasi masalah pengangguran
-Pelajar cemerlang akan melahirkan usahawan berjaya,yang akan mewujudkan syarikat-syarikat yang mampu memberi peluang pekerjaan kepada masyarakat.Keadaan ini akan mengatasi masalah pengangguran sekali gus mengurangkan masalah kemiskinan.

2.Membentuk keperibadian pelajar dan melahirkan masyarakat yang bersahsiah.
-pelajar sentiasa ke arah kebaikan dalam mencapai kecemerlangan,iaitu dengan cara menjaga akhlak,tingkahlaku,ke arah pembentukan peribadi yang mulia.Dengan cara itu,lahirnya masyarakat yang bersahsiah seiring kemajuan negara.Kemajuan negara dapat dicapai dan sekali gus melahirkan masyarakat yang berkualiti.
Mohamad Borhanudin Bin Mohd Nor Jafri 206214