Sunday 1 August 2010

G) Kesan-kesan

A) POLITIK
1.Melahirkan pemimpin yang berkualiti pada masa akan datang
-Pelajar yang cemerlang akan mempunyai tahap pemikiran yang berkualiti serta mampu melahirkan idea-idea yang bernas untuk kesejahteraan negara,sekali gus melahirkan pemimpin yang berkualiti pada masa akan datang.

2.Melahirkan pemikiran yang berdaya saing
-Pelajar sentiasa berlumba-lumba untuk mencapai kejayaan yang cemerlang,oleh itu,pelajar akan sentiasa meningkatkan prestasi dari semasa ke semasa.wujudnya pelajar-pelajar cemerlang ini, akan menjadi tunggak negara melalui lahirnya pemimpin-pemimpin yang berwibawa dan berfikiran kreatif dan kritis.
Nor Faizah BT Ismail 206207

B) EKONOMI
1.Peningkatan pembangunan infrastruktur dan teknologi
-Lahirnya golongan bijak pandai,dalam sesuatu bidang,dengan kewujudan kemudahan infrastruktur dan teknologi yang akan memudahkan dan mempercepatkan penghasilan sesuatu produk,menyebabkan peningkatan kuantiti dan kualiti produk untuk dipsarkan ke luar negara,sekali gus meningkatkan ekonomi negara.

2.Meningkatkan kemajuan pendidikan dan ekonomi negara.
-Lahirnya golongan cerdik pandai,akan menyumbang kepada kemajuan pendidikan dengan ilmu yang telah dipelajari.contohnya,apabila mereka melanjutkan pelajaran di luar negara,ilmu yang diperolehi akan dapat diaplikasikan di dalam negara untuk memajukan taraf pendidikan sekali gus,meniingkatkan ekonomi negara.
Juliana BT Mohamad Noor 206201
c) SOSIAL
1.Mengatasi masalah pengangguran
-Pelajar cemerlang akan melahirkan usahawan berjaya,yang akan mewujudkan syarikat-syarikat yang mampu memberi peluang pekerjaan kepada masyarakat.Keadaan ini akan mengatasi masalah pengangguran sekali gus mengurangkan masalah kemiskinan.

2.Membentuk keperibadian pelajar dan melahirkan masyarakat yang bersahsiah.
-pelajar sentiasa ke arah kebaikan dalam mencapai kecemerlangan,iaitu dengan cara menjaga akhlak,tingkahlaku,ke arah pembentukan peribadi yang mulia.Dengan cara itu,lahirnya masyarakat yang bersahsiah seiring kemajuan negara.Kemajuan negara dapat dicapai dan sekali gus melahirkan masyarakat yang berkualiti.
Mohamad Borhanudin Bin Mohd Nor Jafri 206214

No comments:

Post a Comment