Sunday 1 August 2010

E) Cabaran-cabaran



Malaysia mempunyai salah satu system pendidikan yang terbaik di dunia Ketiga. Namun sebagai bekal kita harungi perjalanan pada generasi yangkedua ini, piawaian yang baru hendaklah ditetapkan dan matlamat baruhendaklah dicapai.


(YAB Perdana Menteri, 1991)





Perubahan-perubahan yang hebat dan pantas dalam aspek ekonomi, budaya dan politik itu sendiri adalah cabaran besar yang akan dihadapi oleh rakyat Malaysia.Walaupun tidak dapat dinafikan bahawa sejak dari dahulu lagi cabaran-cabaran itu sudah wujud dan diperbincangkan tetapi kali ini dijangka lebih hebat dan kritikal dengan sumbangan teknologi yang baru. Masalah yang timbul dari cabaran tersebut seperti rohani, akhlak, sosial, politik, ekonomi, sains dan teknologi.

Dalam Persidangan Pendidikan Nasional Ke-5, dalam tahun 1997 yang lalu, natijah persidangan menunjukkan dua cabaran besar alaf baru ialah ledakan ilmu yang berbentuk global dan masalah sosial yang perlu ditangani dan diatasi ke arah membentuk masyarakat madani. Justeru itu agenda penting untuk membangun rakyat Malaysia melalui sistem pendidikan pertama ialah pembinaan budaya ilmu dan keduanya ialah pembudayaan masyarakat.

Muhamad Farid Sutrino 204498

1 comment:

  1. kebelakangan ini kita dpt lihat jati diri dalam kalangan para remaja semakin luntur..gejala sosial semakin berleluasa..inikah yang dinamakann jati diri yg kita cari selama ni??

    konklusinya, jati diri perlu ada dlm diri setiap pelajar supaya matlamat negara untuk melahirkan pelajar yang berfikiran kelas pertama dapat dilahirkan.

    ReplyDelete