Sunday 1 August 2010

A) Pengenalan

Pembinaan Negara Bangsa amat penting bagi sebuah negara yang berbilang kaum dan agama seperti Malaysia. Hal ini terutama bagi golongan pelajar sama ada sekolah rendah, menengah mahupun di peringkat institusi pengajian tinggi. Keupayaan membina Negara Bangsa bergantung kepada perkongsian nilai serta semangat patriotisme. Konsep ini menjadi lebih penting ketika era globalisasi yang membenarkan pengaliran secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat, modal, serta manusia, tetapi juga sistem nilai budaya dan kepercayaan dalam diri setiap pelajar.

Nor Shazwani Binti Yahya 206291



UCAPAN MANTAN PERDANA MENTERI
“… kita mempunyai tanggungjawab yang besar dalam pembangunan bangsa dan negara ini. Kita juga mempunyai peranan yang penting dalam pembentukan minda dan jiwa rakyat untuk membawa ke arah wawasan yang ingin kita capai.”
Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi.
(Dewan Budaya USM,1999)

1 comment: